|
Jawapan calon hendaklah ditulis dalam ejaan baku Bahasa
Malaysia. Markah akan dipotong bagi ejaan yang tidak baku.
Mata pelajaran ini terdiri daripada dua kertas:
Kertas 1: Ujian Bertulis (40%)
...... Masa yang diperuntukkan: 105 minit.
Kertas 1 terdiri daripada empat soalan.
Calon dikehendaki menjawab tiga soalan, iaitu:
Soalan A, Soalan B, dan pilih SATU soalan antara Soalan C dan
Soalan D.
SOALAN A: KARANGAN (20%)
Lima tajuk karangan akan disediakan. Calon
dikehendaki mengarang sebuah karangan yang
panjangnya antara
120-180 patah perkataan berdasarkan satu daripada
tajuknya sahaja.
Tajuk karangan dalam peperiksaan ini
terdiri daripada:
(1) Karangan Jenis Cerita
(2) Karangan Jenis Gambaran/Keperihalan
(3) Karangan Jenis Khayalan
(4) Karangan Jenis Penerangan/Fakta
(5) Karangan Jenis Perbincangan/Perbahasan
(6) Karangan Jenis Ucapan/Syarahan
(7) Karangan Jenis Laporan
(8) Karangan Jenis Dialog/Wawancara/Temu ramah
SOALAN B: SURAT KIRIMAN (10%)
Dua tajuk surat kiriman akan disediakan. Calon dikehendaki
menulis sepucuk surat kiriman daripada tajuk yang disediakan. Panjang isi
surat hendaklah lebih kurang 80 patah perkataan.
Tajuk surat kiriman dalam peperiksaan ini terdiri
daripada:
(1) Surat Kiriman Rasmi
(2) Surat Kiriman Tidak Rasmi
SOALAN C: MERUMUS KARANGAN (10%)
Satu bahan grafik (graf, carta, jadual,
rajah, iklan, peta, pelan, dan sebagainya)akan dikemukakan. Calon dikehendaki membuat rumusan dengan isi-isi
penting daripada bahan grafik itu. Calon mestilah mematuhi arahan
yang diberikan dalam kertas soalan dan jumlah perkataan rumusan mestilah tidak
melebihi jumlah perkataan yang telah ditetapkan dalam
soalan.
SOALAN D: MELENGKAPKAN TEKS (10%)
Satu petikan yang mempunyai sepuluh tempat
kosong akan disediakan. Calon dikehendaki melengkapkan petikan itu dengan perkataan sendiri.
Kertas 2: Ujian Objektif (60%) ...... Masa
yang diperuntukkan: 90 minit.
Kertas ini terdiri daripada 60 soalan
anda pilih. Setiap soalan disediakan EMPAT Jawapan untuk dipilih.
Calon dikehendaki memilih
satu jawapan yang paling tepat untuk setiap soalan. Kandungan soalan
itu terdiri daripada:
Pemahaman teks
--- Petikan
rencana
--- Cerpen
--- Novel
--- Berita
--- Temu duga
--- Wawancara
--- Ceramah
--- Diari
--- Ucapan
--- Laporan
--- Cerita
--- Dialog
--- Lain-lain.
Penggunaan bahasa
1. Golongan kata
1.1 Kata nama
1.2 Golongan kata kerja
1.3 Golongan kata adjektif
1.4 Golongan kata tugas
2. Imbuhan
2.1 Awalan
2.2 Akhiran
2.3 Apitan
2.4 Imbuhan pinjaman/asing
3. Penjodoh bilangan
4. Perbendaharaan kata
--- Sinonim
--- Antonim
--- Kata banyak makna
5. Kata ganda / Kata ulang
6. Bunga bahasa
--- Peribahasa
(simpulan bahasa, bidalan, pepatah, perumpamaan)
7. Bahasa kiasan / Bandingan
semacam
8. Jenis ayat
8.1
Ayat penyata
8.2 Ayat tanya
8.3 Ayat perintah
8.4 Ayat seruan
9. Ayat aktif
9.1
Ayat aktif transitif
9.2 Ayat aktif tak transitif
10. Ayat pasif
10.1 Ayat pasif diri pertama
10.2 Ayat pasif diri kedua
10.3 Ayat pasif diri ketiga
11. Ayat tunggal
12. Ayat majmuk
12.1 Ayat majmuk gabungan
12.2 Ayat majmuk pancangan
12.3 Ayat majmuk campuran
13. Frasa
14. Membetulkan kesalahan
|