|
a) Calon menjawab lebih daripada satu soalan dalam kertas yang sama sehingga
menyusahkan guru pemeriksa.
b) Calon tidak mengikut arahan iaitu memulakan setiap jawapan dengan helaian
baru.
c) Calon tidak menyusun jawapan mengikut urutan soalan.
d) Calon tidak menghitamkan nombor soalan atau salah menghitamkan nombor soalan
yang dijawabnya.
e) Sebahagian kecil calon menjawab kesemua soalan atau lebih daripada 3 soalan
dalam kertas II.
a) Calon sering menggunakan bahasa percakapan yang tidak baku, bahasa pasar,
atau struktur ayat yang tidak gramatis..
b) Calon tidak dapat menulis ayat yang lengkap.
c) Calon lemah menggunakan penanda wacana.
d) Calon tidak membaca arahan dengan teliti.
e) Calon masih tidak dapat menguasai surat kiriman rasmi sepenuhnya, misalnya
tarikh, nama dan alamat penerima, nama pengirim, jawatan.
f) Calon juga tidak dapat menguasai karangan berformat misalnya laporan (tidak
dinyatakan tajuk, nama, dan tarikh laporan) dan wawancara (tiada pengenalan).
g) Banyak kesalahan tatabahasa seperti ejaan, tanda bacaan, kata hubung, kata
sendi, kata ganti nama, hukum DM, dan imbuhan.
h) Calon lemah dalam bahasa dan cara penyampaian.
i) Sebilangan besar calon tidak pandai membina ayat pasif.
j) Banyak calon tidak memahami kehendak soalan dan memberi isi yang terpesong.
Misalnya soalan 1 meminta calon ‘berbincang’ tetapi ada calon yang menjawab
dalam bentuk ‘perbahasan’. Soalan 7 pula meminta calon menghuraikan kesan
pembangunan di kawasan bukit yang mungkin menyebabkan pencemaran, masalah buruh
asing, tanah runtuh, dan sebagainya tetapi calon banyak berbincang tentang penduduk
dipaksa pindah.
k) Calon tidak dapat membezakan Kata Ganti Nama Diri.
l) Calon mencampuradukkan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu dalam jawapan.
m) Isi karangan tidak dikembangkan dengan secukupnya atau dicampuradukkan dalam
perenggan yang sama, tidak ada huraian, contoh, dan kesimpulan.
n) Pendahuluan yang ditulis terlalu panjang.
o) Setiap perenggan tidak dilengkapi dengan isi utama, huraian, contoh, dan
kesimpulan kecil.
p) Idea atau gaya pemikiran calon kurang matang dan kurang kreatif.
q) Terdapat calon yang memberi fakta atau maklumat yang tidak benar.
r) Calon kerap menggunakan kosa kata yang tidak sesuai dan kurang kreatif.
s) Calon menterjemahkan isi karangan bulat-bulat daripada bahasa Cina.
a) Jumlah perkataan rumusan tidak dinyatakan.
b) Banyak calon tidak dapat menjawab dengan format yang betul. Misalnya perenggan
pendahuluan tidak dimulakan dengan “Petikan ini…..”, dan perenggan terakhir
tidak dimulakan dengan “Kesimpulannya….”.
c) Masih ada calon yang menjawab soalan menggunakan format ringkasan.
d) Calon tidak dapat membezakan isi tersirat dan tersurat.
e) Ada calon yang membuat 2 atau 3 ayat dalam perenggan kesimpulan.
f) Calon sering membuat ayat tergantung dalam rumusan.
D. Pemahaman Prosa Moden / Sajak / Klasik
a) Calon tidak dapat menghayati dan memahami maksud dalam prosa.
b) Jawapan calon tidak ditulis dengan ayat yang lengkap.
c) Calon menyalin bulat-bulat daripada petikan asal dalam jawapan.
d) Kebanyakan calon tidak dapat menjawab maksud perbendaharaan kata dalam petikan
prosa.
e) Pelajar masih tidak mahir menjawab soalan KBKK.
a) Sebilangan besar calon secara tidak sedar membina Ayat Pasif, sedangkan kelima-lima
perkataan dalam soalan ialah Kata Kerja Aktif Transitif. Contoh: “kopi dan
gula di dalam cawan itu ibu mengacau sebelum minum” sepatutnya, dikacau oleh
ibu (Ayat Pasif). Calon sepatutnya menulis “ibu mengacau serbuk kopi dan gula
di dalam cawan itu.”
b) Ada calon yang membentuk frasa nama menyalahi hukum DM. Contoh, “ayah memancing
ikan di rumah belakang. Sepatutnya, “di belakang rumah.”
c) Ada calon yang mengabaikan awalan ‘ber’ ‘me’ pada kata kerja dalam Ayat
Aktif. Contoh : Ibu ambil gunting untuk menggunting rambut adik. Kami jalan
kaki untuk pergi mengail ikan.
d) Ada calon yang mengabaikan subjek ayat. Contoh : “Di jalan raya itu (?)
tidak boleh memotong kenderaan” sepatutnya “Ayah tidak boleh memotong kenderaan
di jalan raya itu.”
e) Sesetengah calon tidak memberikan ‘objek’ secara terus kepada KKT. Contoh
: mengacau (air kopinya)dengan camca.
f) Calon membina 2 ayat tanpa membezakan maksudnya.
a) Calon tidak dapat membezakan penggunaan “ialah” dan “adalah”.
b) Calon sering melakukan kesalahan ejaan seperti pindu (pintu), belian (beliau),
kecuali itu (selain itu), taniah (tahniah), khawin (kahwin), dan pengawai (pegawai)
c) Pengimbuhan sangat lemah, misalnya tidak dapat membezakan meninggal (meninggalkan),
menwakil (mewakili), menwawancara (mewawancara), dan pemderaan (penderaan).