Draf Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia

Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia

(Bahagian Menengah Tinggi)

 

Tingkatan 1 Menengah Tinggi

KENAHIRAN
MENDENGAR
BERTUTUR
MEMBACA
MENULIS

1.Mendengar dan dapat mengatasi masalah kosa kata baru dalam proses pendengaran.

2.Mendengar dan dapat memperoleh maklumat penting daripada pelbagai sumber terutamanya media massa.

3.Mendengar dan melakukan pemikiran logik atas maklumat yang diperolehi.

4.Mendengar dan memberi respon secara lisan dan bertulis tentang sesuatu yang diperihalkan oleh orang lain.

5.Mendengar dan dapat mencatat watak dan perwatakan, jalan cerita dan pengajaran yang terkandung dalam sesuatu perihalan.

1.Dapat menggunakan pelbagai laras bahasa dan intonasi yang sesuai untuk menunjukkan pendirian,sikap, keinginan diri dalam sesuatu perkara.

2.Bertutur dengan petah dan menyampaikan pengalaman,pandangan serta pendapat sendiri secara jelas dan tersusun.

3.Memberi penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan.

4.Mengemukakan soalan untuk mendapat penerangan berkaitan konsep,idea dan pendirian seseorang.

5.Menjelaskan sesuatu perkara dengan memberi contoh dan maklumat yang relevan.

1.Mengaplikasikan pelbagai teknik membaca mengikut tujuan membaca.

2.Menggunakan keratan akhbar, rencana dan bahan-bahan lain yang sesuai untuk mencari isi-isi penting,pengajaran dan nilai-nilai murni.

3.Memahami laras bahasa bagi pelbagai bahan untuk memperoleh maklumat.

4.Menguasai perbendaharaan kata yang merangkumi semua bidang.

5.Pelajar didedahkan dengan genre sastera melayu.

1.Menulis dengan menggunakan daya cipta yang kreatif dan kritis.(200-280pp)

2.Menterjemahkan rangkai kata/ ayat bahasa Cina dan bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia moden.

3.Merumus petikan mengikut perenggan dengan ayat yang gramatis.

4.Menilai karangan dari segi kekuatan dan kelemahannya.

5.Menguasai format surat kiriman dan menulis surat kiriman untuk pelbagai tujuan.

TEKNIK PEMBELAJARAN
Pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai bahan ilmiah contohnya Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Pelita Bahasa,dan sebagainya untuk meluaskan pengetahuan; Pelajar mampu mengenal pasti isi-isi tersirat yang terkandung dalam sesebuah petikan; Pelajar dapat melakukan pembacaan sendiri dan dapat memahami perbendaharaan kata atau ayat mengikut konteks; Pelajar dapat menilai hasil penulisan sendiri serta mampu melakukan pembetulan untuk menjadikannya lebih baik.
BIDANG INTERPERSONAL
Bincangkan pelbagai jenis kebudayaan antara kaum di Malaysia dan pelajar harus dapat mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara kebudayaan ini; Pelajar dapat saling memahami dan semangat cinta akan budaya serta menghargai warisan bangsa; Pelajar dapat membincangkan isu-isu semasa secara spontan dan berkeyakinan; Pelajar dapat berinteraksi dengan orang lain untuk mengetahui pandangan dan pendiriannya.
BIDANG INTRAPERSONAL
Mengadakan pertandingan syarahan,perbahasaan dan forum di kalangan pelajar; Pelajar boleh didedahkan dengan rakaman kaset serta video berkenaan dan ceramah-ceramah tokoh ternama; Pelajar pada peringkat ini harus mempunyai keyakinan berinteraksi dengan mana-mana lapisan masyarakat; Bacaan berkaitan bahasa Malaysia dari segi pemantapan, pengayaan dan bahasa ilmiah perlu dilakukan di peringkat ini.
PENGETAHUAN BAHASA
Pembelajaran tatabahasa pada peringkat ini mementingkan aplikasi untuk menghasilkan ayat yang gramatis. Pengetahuan tatabahasa masih perlu didalami. Pembelajaran morfologi dan sintaksis lebih merupakan lanjutan daripada pengetahuan di peringkat menengah rendah. Penekanan pembelajaran pada peringkat ini harus diberi untuk membantu pelajar dalam menghasilkan ayat yang memenuhi hukum-hukum tatabahasa.

 

Tingkatan 2 Menengah Tinggi

KENAHIRAN
MENDENGAR
BERTUTUR
MEMBACA
MENULIS

1.Mendengar dan dapat meluahkan perasaan melalui intonasi percakapan.

2.Mendengar dan memahami maklumat daripada siaran radio dan tv.

3.Mendengar dan mengikut sesuatu perbincangan, perbahasan,dan syarahan serta mengemukakan soalan untuk mendapat penjelasan lanjut.

4.Mendengar dan dapat memberi respon mengikut laras bahasa yang digunakan.

5.Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan,idea utama, isi penting,dan isi relevan tentang bahan yang didengar.

1.Berbincang dan membidas hujah dengan sopan dalam pelbagai situasi.

2.Memberikan cadangan serta mencari jalan penyelesaian setelah sesuatu masalah yang dikemukakan.

3.Membincangkan isu-isu semasa yang dikemukakan kepadanya.

4.Menggunakan hujah yang bernas dan menyakinkan untuk mempengaruhi pihak lain dalam pelbagai situasi.

5.Membiasakan diri untuk berhadapan dengan pelbagai bentuk wawancara.

1.Memahami laras bahasa bagi pelbagai bahan untuk memperolehi maklumat.

2.Mengenal pasti isi tersirat dan tersurat dalam petikan yang dibaca.

3.Menjangka sesuatu perbendaharaan kata mengikut konteks petikan yang dibaca.

4.Memahami sesuatu petikan dengan pemikiran yang kritis dan analitis.

5.Memahami dan menghayati bahan kesusasteraan Melayu.

1.Menghasilkan penulisan yang kritis dan kreatif (280-350pp)

2.Menterjemahkan bahasa Cina dan bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia moden.

3.Merumus petikan tanpa mengubah maksud asalnya.

4.Mentafsir bahan yang dibaca dan menghasilkan penulisan sendiri.

5.Menggunakan contoh,huraian untuk membentuk isi yang kukuh.

6.Mengolah maklumat secara koheran untuk tujuan tertentu.

TEKNIK PEMBELAJARAN
Pelajar mampu mendapatkan maklumat dari bahan lain seperti dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris untuk memperkaya dan memperdalam penulisan; Pelajar dapat menggunakan daya fikir secara kritis dan analitis untuk menghasilkan isi-isi tersurat daripada sesebuah petikan; Pelajar dapat merangka, membentuk idea, mengaplikasi bahan yang dibaca ke dalam penulisan;Pelajar dapat memberi komen ke atas bahan yang dibaca; Mereka juga dapat menjalankan penilaian ke atas pencapaian diri sendiri.
BIDANG INTERPERSONAL
Pelajar pada peringkat ini harus didedahkan dengan isu-isu perpaduan nasional; Isu-isu berkenaan alam sekitar, tempat bersejarah dan pelancongan, kegiatan ekonomi dan sebagainya harus diperkenalkan; Nilai-nilai bertolak-ansur dan cinta akan tanah air perlu dipupuk pada peringkat ini; Pelajar dapat menjalankan pemerhatian serta kajian berkenaan topik yang diberi dan mampu memberi satu laporan yang lengkap berkaitan topik tersebut.
BIDANG INTRAPERSONAL
Pelajar pada peringkat ini adalah digalakkan menjalankan tugasan berkaitan kehidupan masyarakat Melayu supaya mereka mempunyai pemahaman yang lebih mendalam serta dapat berinteraksi dengan masyarakat Melayu tempatan; Pelajar juga harus yakin dengan kebolehan diri dalam situasi yang perlu menggunakan bahasa Malaysia.
PENGETAHUAN BAHASA
Pelajar perlu mendalami penguasaan bidang morfologi dan sintaksis. Pengetahuan tatabahasa pelajar harus ditingkatkan ke peringkat analisis, di mana pelajar dapat menilai ayat yang dihasilkan sendiri adalah tepat dari segi penggunaan bahasa. Penggunaan kata hubung, penanda wacana dan penguasaan ayat majmuk harus diaplikasi dalam penghasilan kerja rumusan yang kemas. Pelajar juga harus sensitif dengan perbezaan penggunaan tatabahasa terutamanya struktur ayat semasa menjalankan penterjemahan.

 

Tingkatan 3 Menengah Tinggi

KENAHIRAN
MENDENGAR
BERTUTUR
MEMBACA
MENULIS

1.Mendengar dan memahami motif serta tujuan percakapan orang ramai.

2.Mendengar dan memahami perasaan orang (bersifat empati).

3.Mendengar dan dapat mengikuti berkembangan isu-isu semasa menerusi bahan cetak dan bahan elektronik.

4.Mendengar dan memberi respon yang sesuai dan sopan dalam sebarang situasi yang dihadapi.

5.Mendengar dan dapat membuat catatan bagi situasi perbincangan, ceramah, perbicaraan serta perbahasan yang bertemakan isu-isu ilmiah.

1.Menterjemah secara spontan bahan-bahan dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris bahasa Malaysia moden.

2.Berbincang dan merancangkan tugasan yang diberi.

3.Membincangkan sebarang isu global seperti pencemaran, kedamaian, perdagangan,dan sebagainya.

4.Menyatakan perasaan secara berterus terang dan beradab tentang sesuatu perkara untuk mengekalkan hubungan.

5.Membuat laporan secara lisan bagi sesuatu proses dan keputusan kajian.

1.Menguasai kemahiran membaca untuk meningkatkan keberkesanan bacaan.

2.Membaca dan mendapatkan isi-isi penting dalam sesebuah petikan secara tepat dan cepat.

3.Membaca dan memahami bahan media massa, surat serta dokumen dalam urusan rasmi.

4.Membaca dan memahami sesuatu petikan berdasarkan analogi secara logik dan dapat menerangkannya dengan menggunakan perkataan sendiri.

5.Menghayati bahan sastera sama ada dalam bentuk prosa dan puisi.

1.Mempunyai keupayaan menghasilkan penulisan sebanyak 350-500 pp.

2.Menterjemahkan bahasa Cina dan bahasa Inggeris dalam pelbagai bahan ke bahasa Malaysia moden.

3.Membuat rumusan dengan alasan yang munasabah.

4.Menggunakan maklumat daripada bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan sendiri.

5.Mempunyai kemampuan menggunakan bahasa Malaysia bagi tujuan urusan rasmi.

TEKNIK PEMBELAJARAN
Pelajar mempunyai inisiatif untuk mendapat maklumat daripada pelbagai bahan bagi tujuan penyelesaian tugasan; Pelajar mempunyai kemahiran mengumpul bahan daripada segi mengkategorikannya, merumus, menjadikannya dalam bentuk grafik dan sebagainya untuk memudahkan pembelajaran; Pelajar dapat menilai keberkesanan teknik pembelajaran, kekuatan dan kelemahan hasil penulisan dan berkemampuan mengubahsuai teknik tersebut.
BIDANG INTERPERSONAL
Pelajar mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan dengan politik, ekonomi, pendidikan, dan agama baik dalam negeri atau secara global; Pelajar harus mempunyai perspektif daripada masyarakat Cina dan masyarakat Melayu serta dapat menilai persamaan dan perbezaannya; Pada peringkat ini, pelajar harus mempunyai semangat cinta akan bangsa dan nusa; Pelajar dapat membincangkan isu-isu semasa secara rasional dan munasabah.
BIDANG INTRAPERSONAL
Pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap perkembangan bahasa dari semasa ke semasa; Pelajar dapat menerima bahasa Malaysia sebagai bahasa yang penting dalam kehidupan seharian mereka; Petikan-petikan berkaitan pengajian bahasa Malaysia dan sumbangannya terhadap dunia moden harus diberi penekanan pada peringkat ini.
PENGETAHUAN BAHASA
Pelajar dapat menggunakan pengetahuan dalam bidang morfologi dan sintaksis untuk menghasilkan karya yang bermutu. Pengetahuan perihal kata dan ayat harus digabungjalinkan dengan tujuan penghasilan kerja penulisan yang bermutu dan menepati hukum-hukum tatabahasa. Selain itu, pelajar juga dapat menilai ketepatan penggunaan bahasa dalam hasil kerja penulisan sendiri.

 


 

Draf sukatan Pelajaran

 

laman utama