Draf Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia 
Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia
(Bahagian Menengah Rendah)


Tingkatan 1 Menengah Rendah
KEMAHIRAN
MENDENGAR
BERTUTUR
MEMBACA
MENULIS

1.Mendengar dan dapat menentukan gambar atau objek yang disebut oleh guru.

2.Mendengar dan dapat mengikut perkembangan cerita bergambar.

3.Mendengar dan dapat memahami arahan yang diberikan dalam sesuatu permainan bahasa.

4.Mendengar dan dapat melakukan tindakan seperti yang diarahkan.

5.Mendengar dan dapat mencatatkan perkataan yang disebut oleh guru.

1.Menjalankan latih tubi penyebutan untuk membetulkan sebutan yang salah.

2.Menjalankan aktiviti lisan di kelas.

3.Menyampaikan perasaan sendiri secara ringkas dengan intonasi yang betul.

4.Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan pelbagai soalan.

1.Membaca petikan dengan menegaskan penyebutan dan irama.

2.Memahami mesej dalam kad-kad jemputan, papan iklan, risalah-risalah, dan sebagainya.

3.Mengguna kamus untuk mencari erti atau maksud perkataan dalam petikan.

4.Membaca dan memahami arahan ringkas dalam bahan bacaan.

5.Membaca dan memahami bahan bacaan bergambar.

1.Menyalin/mencatat dengan tepat dan kemas tentang sesuatu yang telah dibaca dan diperdengarkan.

2.Latihan imlak di mana pelajar dikehendaki menyalin ayat yang betul atau perenggan yang dipilih.

3.Menyusun semula ayat supaya menjadi ayat yang gramatis.

4.Mengatur semula sebilangan ayat supaya menjadi perenggan yang tersusun dan logik.

5.Menulis karangan bergambar sama ada berdasarkan sebuah gambar atau satu gambar bersiri dengan jumlah perkataan di antara 60 ¨C 100 patah.

6.Menulis surat tidak rasmi kepada kawan atau ibu bapa.

TEKNIK PEMBELAJARAN
Penggunaan kamus harus dititikberatkan pada peringkat ini; Pelajar juga perlu didedah dengan cara membuat nota; Pelajar dapat menilai isi-isi penting yang perlu dicatat dalam nota; Aktiviti persembahan seperti lakonan boleh dijalankan untuk menggalakkan pelajar menyampaikan kreativiti mereka dalam pelbagai bentuk.
BIDANG INTERPERSONAL
Pelajar harus diajar untuk menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila apabila berhadapan dengan ahli keluarga, guru dan rakan; Pelajar perlu didedahkan kesantunan bahasa Malaysia; Sikap menghormati ibu bapa, guru, orang tua dan rakan perlu dipupuk.
BIDANG INTRAPERSONAL
Menitiberatkan pengajaran yang berbentuk permainan bahasa dan main peranan; Rakaman audio-visual perlu kerap digunakan; Cerita rakyat terutama berkaitan dengan kisah pahlawan dan tokoh-tokoh Tanah Melayu diperkenalkan.
PENGETAHUAN BAHASA
Pengenalan ringkas ke atas morfologi dan sintaksis. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan penggolongan dan pembentukan kata terutamanya kata nama, kata ganti nama, pengimbuhan, kata adjektif, dan kata tugas. Di samping itu, pelajar juga harus menguasai struktur binaan ayat tunggal yang terdiri daripada subjek dan predikat, jenis frasa dan ragam ayat.

Tingkatan 2 Menengah Rendah
KEMAHIRAN
MENDENGAR
BERTUTUR
MEMBACA
MENULIS

1.Mendengar dan memahami sesuatu yang diperihalkan oleh orang lain dan dapat memberi respon ringkas secara lisan.

2.Mendengar dan memahami maklumat ringkas dalam siaran media massa.

3.Mendengar lagu Melayu, drama, atau cerita yang tema dan bahasanya sesuai dengan perkembangan emosi dan intelek pelajar.

4.Mendengar dan memahami arahan berurutan serta dapat melakukan perbuatan yang diarah.

5.Mendengar dan membezakan jenis ayat yang didengar serta dapat membuat catatan ringkas.

1.Dapat menyampaikan perasaan dengan intonasi sesuai dan sebutan yang betul.

2.Menerangkan mesej yang terkandung dalam gambar atau maklumat ringkas tertentu.

3.Menghayati pertuturan dalam kehidupan sehari-hari (semasa beli-belah, mendapatkan perkhidmatan, mendapatkan maklumat, dan sebagainya) dengan penggunaan bahasa yang betul.

4.Menyoal untuk mendapatkan perkhidmatan dan maklumat tertentu.

5.Menerangkan pengalaman atau peristiwa tertentu.

1.Membaca petikan dengan lancar dan sebutan yang betul.

2. Memetik isi-isi tersurat yang terkandung dalam bahan bacaan dengan tepat.

3.Memperkaya perbendaharaan kata dengan bantuan kamus.

4.Membaca secara senyap untuk memahami fakta, pengajaran, isi-isi penting serta idea yang terkandung.

5.Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi.

1.Menulis ayat yang gramatis, menggunakan tanda baca dan ejaan betul serta bertulisan kemas.

2.Menulis surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul.

3.Menulis surat rasmi kepada pihak berkenaan untuk tujuan tertentu.

4.Menulis karangan dengan rangka ringkas diberi yang mana jumlah perkataannya di antara 80-120 patah perkataan.

5.Menulis notis, ucapan, kad jemputan dan sebagainya.

6.Merumus bahan grafik ke dalam prosa moden.

TEKNIK PEMBELAJARAN
Latihan membaca surat khabar dan bahan-bahan internet dengan bantuan kamus; Pelajar juga perlu didorong untuk mendengar berita atau rancangan dalam siaran media massa; Pelajar dapat menggunakan peta minda, gambar rajah pokok, carta pai, carta aliran dan bahan grafik lain untuk membantu pemahaman; Pelajar dapat menilai bahan-bahan yang dikumpul untuk pelaksanaan tugas tertentu; Pelajar mampu menghuraikan idea-idea yang bernas semasa memberikan pendapat dalam perbincangan; Membina keupayaan pelajar membentuk idea-idea yang terkumpul dalam bentuk tulisan.
BIDANG INTERPERSONAL
Pelajar mempunyai keyakinan dan kebolehan mendapatkan khidmat dan bantuan jika perlu; Pelajar juga harus didedahkan dengan adat resam kaum lain; Nilai-nilai hidup harmonis perlu dipupuk dengan menghormati orang lain dan mempunyai sikap toleransi.
BIDANG INTRAPERSONAL
Situasi-situasi tertentu (keadaan di balai polis, pejabat pos, kedai runcit, dan sebagainya) dalam masyarakat perlu dibawa ke dalam kelas; Latihan perbualan berbentuk drama yang berkait dengan kehidupan seharian perlu diperbanyakkan; Pelajar boleh diberi tugasan untuk mengaplikasikan pembelajaran mereka ke dalam kehidupan seharian; Prinsip psikologi peneguhan sentiasa dititik berat untuk menggalakkan pelajar mencuba; Bahan bacaan berkaitan dengan sejarah perkembangan bahasa Malaysia harus diajar untuk memperluas pandangan serta pemahaman pelajar terhadap penggunaan bahasa Malaysia.
PENGETAHUAN BAHASA
Pengenalan morfologi dan sintaksis dilanjutkan. Dari segi penguasaan morfologi, kata tugas, kata hubung, kata pemeri, kata ganda diberi penekanan pada peringkat ini. Pelajar juga perlu menguasai bidang sintaksis yang terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk, ayat aktif dan ayat pasif serta pembentukan pola ayat.

Tingkatan 3 Menengah Rendah
KEMAHIRAN
MENDENGAR
BERTUTUR
MEMBACA
MENULIS

1.Mendengar dan memahami sesuatu yang diperihalkan oleh orang lain dengan kelancaran yang normal.

2.Mendengar, memahami, dan memperoleh maklumat dari siaran media massa terutamanya berita.

3.Mendengar dan dapat menyelesaikan tugasan mengikut arahan yang diberi.

4.Mendengar dan memberi respon dalam proses pendengaran.

5.Mendengar dan mencatat nota dari pelbagai sumber.

1.Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila.

2.Berinteraksi dengan orang lain untuk menyiapkan sesuatu tugasan.

3.Membincangkan fakta dan isi sebuah atau satu gambar bersiri yang telah dilihat.

4.Mengemukakan soalan untuk mendapat penjelasan lanjut.

5.Berdialog mengikut situasi yang diberi.

1.Membaca dengan intonasi yang sesuai, tepat dan lancar serta memahami isi bacaan uang sesuai dengan kematangan.

2.Menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan dengan menggunakan kata dan ungkapan yang sesuai, terutamanya dalam bahan grafik.

3.Memperluas perbendaharaan kata supaya meninggikan daya mengerti dan dapat menggunakannya mengikut konteks.

4.Menghayati bahan sastera Melayu dalam bentuk prosa dan puisi.

1.Mengenal pasti kesalahan dalam sesebuah karangan.

2.Mengembangkan daya cipta menulis untuk menghasilkan penulisan yang logik, kritis dan kreatif dengan jumlah perkataan di antara120-180 patah.

3.Menguasai penulisan surat rasmi dan tidak rasmi untuk tujuan tertentu.

4.Menguasai penulisan karangan berformat.

5.Merumus bahan grafik ke prosa moden dengan menggunakan kata dan ungkapan yang sesuai.

TEKNIK PEMBELAJARAN
Pelajar dapat memanipulasikan surat khabar, bahan rujukan, bahan internet dan sebagainya untuk menyelesaikan masalah; Pelajar dapat mengintepretasikan maklumat yang terkandung dalam bahan grafik secara tersurat dan tersirat; Pelajar dapat memilih bentuk pengambilan nota yang paling berkesan bagi membantu pembelajaran sendiri; Pelajar tahu menilai cara pembelajaran sendiri dengan melihat keberkesanannya; Pelajar dapat memindahkan idea-idea sendiri ke dalam bentuk tulisan.
BIDANG INTERPERSONAL
Pelajar dapat menguasai perucapan dalam majlis rasmi; pelajar perlu didedahkan dengan perayaan, pantang larang dan kepercayaan pelbagai kaum; Pelajar dapat menyediakan teks ucapan, syarahan, dan sebagainya mengikut kumpulan sasaran; Semangat cinta akan tanah air perlu dipupuk pada peringkat ini; Pelajar boleh berintertaksi dengan masyarakat sekitar secara umum dengan yakin dan berbudi pererti.
BIDANG INTRAPERSONAL
Pelajar perlu diajar cara mengisi borang yang sesuai dengan betul dalam urusan rasmi; Situasi serta prosedur dalam urusan rasmi boleh dibawa ke dalam kelas untuk dijadikan satu aktiviti main peranan; Pelajar boleh diberi tugasan untuk menyelesaikan sesuatu situasi yang biasa hapai di pejabat kerajaan; Pelajar mempunyai keyakinan untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pihak kerajaan; Bacaan tambahan ditumpukan kepada peranan bahasa Malaysia di negara kita dan rantau Asia Tenggara.
PENGETAHUAN BAHASA
Pelajar perlu menguasai pengetahuan bahasa yang menyeluruh pada peringkat ini. Pelajar harus mempunyai pengetahuan dan keyakinan untuk menghasilkan ayat yang gramatis, penggunaan bahasa serta pemilihan kata yang tepat. Kata ganda penuh, kata ganda separa dan kata ganda berentak, hukum DM, imbuhan masih dititikberatkan dalam pembelajaran bidang morfologi. Selain itu, pembelajaran pembentukan ayat seperti ayat songsang, ayat na?f, dan kesalahan umum dalam ayat diberi penekanan.

 


 

Draf sukatan Pelajaran

 

laman utama