Kesalahan Umum Calon Menengah Rendah
Kesalahan Umum Calon Menengah Rendah
Kesalahan Umum
Kesalahan Karangan
Kesalahan Rumusan
Kesalahan Tatabahasa

 

 

A. Kesalahan Umum Calon

a) Calon tidak menggunakan helaian baru untuk memulakan sesuatu soalan.


b) Calon salah menghitamkan soalan yang dijawab.


c) Calon tidak mengikat kertas jawapan dengan sempurna.


d) Calon tidak menyusun kertas jawapan mengikut urutan.

 

 

B. Karangan (termasuk surat kiriman)

a) Calon tidak memahami kehendak soalan dan memberi isi yang terpesong. Misalnya soalan 6 (salah anggap meminjam kawasan sekolah lain) dan soalan 7 ( salah anggap permainan tradisional ialah tempat pelancongan).


b) Calon tidak dapat membezakan penggunaan Kata Ganti Nama Diri seperti kami, kita, dan anda.


c) Kesalahan imbuhan yang ketara.


d) Calon tidak dapat menulis pendahuluan dengan baik.


e) Calon tidak dapat menguasai karangan berformat seperti syarahan, surat kiriman, dan dialog.


f) Calon membuat kesalahan dari segi hukum DM.


g) Calon tidak menggunakan tanda bacaan dengan betul.


h) Calon melakukan kesalahan dalam bahagian surat rasmi. Misalnya tidak menggunakan huruf besar bagi setiap huruf pertama di bahagian tajuk, meletakkan tanda noktah di bahagian tajuk, tidak menulis nama penerima, dan menggunakan tanda bacaan yang tidak tepat [ ¡°sekian terima kasih¡± (tiada koma dan noktah) dan ¡°tuan pengetua (:) sepatutnya koma.]

 

 

C. Rumusan

a) Jumlah perkataan tidak dinyatakan.


b) Calon menulis ayat tergantung misalnya ¡°paling tinggi ialah 30%¡±.


c) Calon melakukan kesalahan tatabahasa seperti ¡®paling tertinggi¡¯ dan ¡®adalah 30%¡¯.


d) Calon tidak menulis kesimpulan.


e) Calon tidak menulis dalam bentuk perenggan.


f) Peratusan yang diberi tidak tepat atau tidak menulis peratus yang ditunjukkan.

 

 

D. Kesalahan Tatabahasa

a) Calon melakukan kesalahan dalam penggunaan ¡®ia¡¯, ¡®ialah¡¯, dan ¡®adalah¡¯.


b) Calon melakukan kesalahan dalam pengimbuhan misalnya mengbanggakan (membanggakan), mengunakan (menggunakan), menunjukan (menunjukkan), kebanyakkan (kebanyakan), dan berlajar (belajar)


c) Calon melakukan kesalahan ejaan misalnya juah (jual), mee (mi), baling (paling), mahar (mahal), kerata (kereta), dan motorsikal (motosikal),