|
|
|
|
|
|
   
   
 

全国华团领导机构紧急联席会议

Usul-Usul Mesyuarat Perwakilan Pertubuhan-Pertubuhan Cina Peringkat Kebangsaan Di Malaysia

(1 Ogos 2002)

1. Mesyuarat berpendapat bahawa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ilmu di SJK(C) harus dikekalkan dalam bahasa ibunda, maka dengan tegasnya mesyuarat membantah penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik dan Sains di SJK(C).

2. Mesyuarat akur dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, akan tetapi pendekatan-pendekatan yang diambil haruslah mengambil kira pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri, antaranya termasuk kesesuaian bahan pengajaran dan pembelajaran, perguruan yang bertauliah, kaedah mengajar, kesempurnaan prasarana, objektif pendidikan dan sebagainya, supaya selaras dengan teori pendidikan yang diamalkan di sekolah.

Alasan:

Keberkesanan dan kelebihan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar bukan sahaja mendapat pengesahan Bangsa-Bangsa Bersatu malah dijadikan amalan umum di seluruh dunia. Maka, semua mata pelajaran ilmu termasuk Matematik dan Sains seharusnya diajarkan dalam bahasa ibunda yang paling mudah dikuasai pelajar untuk mencapai prestasi maksimum.

Setiap mata pelajaran mempunyai objektif dan kaedah pengajaran masing-masing. Sebagaimana yang diketahui umum, objektif pengajaran Matematik dan Sains ialah menyampaikan ilmu dan kemahiran asas yang berkenaan dengan mata pelajaran tersebut, maka tidak boleh dijadikan pendekatan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Sekiranya bahasa yang digunakan untuk mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains bukan bahasa ibunda, maka pelajar-pelajar akan menghadapi masalah yang lebih rumit seperti berikut: (1) masalah menyesuaikan diri dengan peralihan bahasa pengantar; (2) masalah memahami isi kandungan Matematik dan Sains yang abstrak dan tidak mudah. Akibatnya bukan sahaja tidak dapat mencapai prestasi yang diharap-harapkan, malah timbul rasa takut dan bosan terhadap dua mata pelajaran ini di kalangan pelajar.

 
   
Copyright © 2005 ucscam
版权所有 马来西亚华校董事联合会总会(董总)
Persekutuan Persatuan - Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia
United Chinese School Committees Association of Malaysia.(ucscam)   
Lot 5, Seksyen 10, Jalan Bukit, 43000 Kajang, Selangor. 
电邮: resource@djz.edu.my 电话 : 03-87362337 传真 : 03-87362779